Adakah anda mempunyai ciri-ciri sebagai usahawan?

Psikometriks indeks keusahawanan (PIKEN) yang dibina oleh Prof. Madya Dr. Nor Aishah dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini adalah satu ukuran nilai potensi kesediaan dalaman individu dari aspek psikologi iaitu sikap, pemikiran dan tingkah laku keusahawanan untuk menjadi usahawan.


Daftar di PIKEN

accura girl

Ukur Nilai Potensi Diri

PIKEN bertujuan mengukur nilai potensi individu sebelum menjadi usahawan. Sikap, pemikiran dan tingkah laku merupakan dimensi yang sudah sedia ada dalam diri seseorang.

Penilaian Tepat dan Terperinci

PIKEN adalah hasil daripada penyelidikan dan pengujian selama beberapa tahun. Keputusan dan saranan yang dihasilkan adalah sangat tepat dan terperinci.

Saranan Membina

PIKEN juga dapat memberikan saranan yang bersesuaian bagi penambahbaikan sikap, tingkah laku and pemikiran individidu sebagai seorang usahawan.

Keputusan Berguna

Keputusan penilaian PIKEN boleh dicetak dan digunakan untuk tujuan-tujuan kursus keusahawanan di UKM.

Bagaimana PIKEN Berfungsi

1. Kategori Berdasarkan Dimensi Sikap

Sikap keusahawanan merupakan ciri yang paling utama dalam pengukuran indeks ini dan digunakan sebagai asas kepada penentuan kategori utama individu yang mempunyai nilai potensi keusahawanan bertahap 'sangat tinggi', 'tinggi', 'sederhana' dan 'rendah'.

2. Dimensi Pemikiran dan Tingkahlaku

Dimensi sikap kemudian digabungkan dengan dimensi pemikiran dan tingkahlaku keusahawanan untuk menentukan individu ini berada pada sub-kategori yang mana pula dibawah setiap kategori induk di atas.

3. Penentuan Penambahbaikan Dimensi

Berdasarkan skor sikap, individu akan dikategorikan dalam kumpulan A, B, C dan D. Dan setiap kumpulan A, B, C dan D ini pula, individu akan dikategorikan lagi dalam kumpulan sub-kategori seperti A1, A2, A3 sehingga A16, B1, B2, B3 sehingga B16, C1, C2, C3 sehingga C16 dan akhir sekali D1, D2, D3 sehingga D16. Kumpulan kategori individu ini bukanlah untuk menentukan samada individu ini berada pada kedudukan yang rendah atau tinggi dari yang lain. Tujuan kategori ini adalah semata-mata untuk mengetahui dimensi-dimensi psikologi mana yang masih memerlukan penambahbaikan melalui latihan dan pengalaman.

Ciri-ciri PIKEN

Dimensi-dimensi Psikologi